Jurnal Makanan: Hameed ‘Pata’ Special Mee (medan makan Padang Kota Lama)


Gerai Hameed ‘Pata’ Special Mee

Gera ini letaknya didalam medan makan Padang Kota Lama, berhadapan dengan kota Fort Cornwallis.. Gerai ini menjual dua jenis hidangan iaitu mee goreng sotong dan mee rebus sotong.. Hidangan yang paling terkenal untuk gerai ini adalah Mee Goreng sotong.. Hidangan mee goreng sotong gerai ini sangat terkenal sehingga telah beberapa kali di keluarkan artikel berkaitannya didalam akhbar..

Beberapa keratan akhbar yang ditampal dihadapan gerai

Seperti yang kita lihat pada gambar diatas, keratan-keratan akhbar yang berkaitan tentang gerai ini telah ditampal dihadapan gerai ini.. Setelah mendengar dari beberapa kenalan, maka aku pun terus menuju kearah gerai ini untuk mengetahui sendiri apakah yang sedap sangat dengan gerai ini. Melihat kepada persekitarannya, gerai ini tidaklah terlalu bersih dan kemas.. Tetapi kondisi gerai in masih boleh diterima untuk makan dengan selesa.. Sebenarnya terdapa banyak lagi gerai di medan makan ini, tetapi aku akan menumpukan kepada gerai mee goreng sotong ini dulu..

Mee Goreng Sotong

Okay.. Sekarang aku akan mulakan dengan mee goreng sotong.. Urm.. Apa yang special sangat tentang mee goreng sotong ini? Pertama sekali yang penting adalah, BAUnya yang amat menyelerakan.. Dari semasa sedang dimasak lagi sudah boleh menyebabkan pelanggan seperti saya terliur.. Fuhhh.. Memang lah tak boleh tahan.. Sungguh beraroma.. Kemudian kita lihat pula kepada persembahan hidangannya.. Mee goreng ini dihidangkan diatas pinggan besi yang mengingatkan saya kepada tradisi tulin masyarakat india.. Memang old skool abes lah.. Hidangan mee goreng sotong ini merupakan hidangan mee goreng yang diletakkan diatasnya sambal sotong.. Tapi harus diingatkan, ini bukannya sotong yang seekor-seekor tu, tapi ini merupakan sotong yang dipotong-potong.. Sotong hiris.. Sambal sotong ini memang sangat sedap bagi saya, lagi-lagi jika kita menggaulkannya bersama mee goreng tersebut.. hidangan turut disertakan bersama dengan potongan limau dan telur rebus separuh.. Rasa mee gorengnya memang sedap jika nak dibandingkan dengan mee goreng mamak yang lain.. Isi mee nya pula cukup rasa dan tak kedekut telur.. Anda semua patut mencuba hidangan ini!!!

Coconut Milkshake

Uih.. Bile da makan dengan sedap, takkan takde air kan?? Haa.. Bersebelahan dengan gerai Hameed ini terdapat sebuah gerai yang menjual air.. Tapi disini anda jangan mintak air-air bancuh kerana gerai ini memang special dengan ais kacang dan air kelapanya.. Huhuhu.. Kehangatan mee goreng sotong mula terasa, jadi apakata jika kita order minuman coconut milkshake dari gerai Jalil Special Ais Kacang.. Pergh.. Memang best!! Rasa air kelapa bersama ais krim vanilla nya memang masuk dan sangat sedap sehingga aku pun tambah dua kali.. Perghh~

Gerai Jalil Special Ice Kacang

Gerai diatas merupakan gerai Jalil Special Ice Kacang yang terletak bersebelahan dengan Hameed ‘Pata’ Special Mee.. Anda WAJIB untuk menikmati air coconut milk shake dari gerai ini.. Selain daripada mee goreng sotong, gerai Hameed ‘Pata’ Special Mee juga turut menghidangkan mee rebus sotong..

Mee Rebus Sotong

Ini adalah hidangan terakhir yang saya nikmati digerai ini setelah hidangan pertama tadi.. Ya.. Saya makan dua-dua hidangan sekali.. Hehehe.. Tetapi sayangnya, hidangan kedua ini tidak mampu untuk menandingi kesedapan hidangan mee goreng sotong tadi.. Rasa mee dan sotong itu telah kurang sedikit kerana telah bercampur dengan kuah mee rebus.. Namun begitu, rasanya tidaklah teruk sangat cuma hanya kurang sedap berbanding versi mee goreng.. Jika anda sudah mencuba mee goreng sotong Hameed ‘Pata’ Special Mee, anda harus pula mencuba mee rebus sotong ini.

Komen:

Harga yang murah dan masakan yang sedap serta menarik

Hanya dua jenis hidangan sahaja yang boleh diperoleh disini. Kepada yang berminat untuk hidangan lain sila kunjungi gerai yang lain

Gerai terletak jauh sedikit kedalam berhadapan dengan kota Fort Cornwallis, kena berjalan sedikit

Gerai sedikit kotor dan sempit

Minuman juga tidak banyak pilihan

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: