Jurnal Makanan: Hakim Tom Yam (Gelugor)

Tak jauh dari Kampung Ku sebenarnya ada sebuah lagi restoran yang kerap menjadi tumpuan pelajar2 dan penduduk Penang.. Nama restoran ini adalah Hakim Tom Yam.. Restoran ini berdekatan dengan restoran Kampung Ku dimana ianya sering dijadikan sebagai alternatif kepada mereak yang tak nak makan di Kampung Ku..

hakim tom yam (6)hakim tom yam (7)

hakim tom yam

Restoran ini menyediakan juadah yang agak tipikal la dengan restoran yang sebegini, lagi2 kalau ada perkataan ‘TOM YAM’ di belakang tu… Memang sah2 goreng2 dan sup2 tom yam.. Hehehe.. Bagi mereka yang tak tau, restoran ini antar pilihan aku bila da tak berapa nak ada duet.. Hehehe.. Dan antara Kampung Ku dan Hakim Tom Yam ni, daripada 100%, aku akan 70% lebeyh ke arah Hakim Tom Yam.. Kenapa? Sebab bagi aku, juadah yang disediakan agak istimewa dan laen daripada apa yang disediakan di Kampung Ku.. Harga bagi setiap masakan juga agak murah..

Kali ni aku akan komen  tentang nasi yang aku tempah bersama rakan-rakan aku.. Nasi yang ditempah adalah Nasi Goreng Astro, Nasi Goreng Daging Merah dan Nasi Goreng Biasa Telur Mata.. Dan ingin diberitahu, gerai ini agak terkenal dengan Nasi Goreng Astro nye.. Sedap..

hakim tom yam (5)Nasi Goreng Biasa Telur Mata

Ok.. Aku akan start mengomen dengan Nasi Goreng Biasa Telur Mata dulu.. Nasi goreng ini merupakan antara makanan bajet yang paling feymes satu Malaysia.. Sebab harganya yang agak murah, ianya akan sentiasa menjadi pilihan bagi golongan seperti pelajar terutamanya dan mereka yang kurang ber wang.. Nasi Goreng Biasa Telur Mata ni mempunya rasa yang biasa sahaja, tipikal nasi goreng la.. Ada potongan daging ayam dalam tu, sayur2 dan tambahan2 lain beserta dengan satu telur mata dengan seulas sayur.. Untuk nasi goreng ini, takde apa yang istimew.. Rasanya pun agak kurang.. Kalau nak bajet, sila pilih masakan ini..

hakim tom yam (4)Nasi Goreng Daging Merah

Ini pula adalah Nasi Goreng Daging Merah yang agak popular juga disini.. Rasanya agak juga enak. Nasi dia cukup rasa.. Cuma yang kurang sedikit adalah dagingnya yang sedikit liat. Namun ianya masih lagi boleh diterima untuk dikunyah.. Nasi ini juga harganya tidaklah terlalu mahal.. Sederhana bak kata orang.. Tak salah jikalau anda ingin mencuba makan nasi goreng ini.. Hehehe..

Nasi Goreng Astro

Ini adalah antara menu istimewa restoran ini.. Nasi Goreng Astro WAJIB untuk dicuba bagi mereka yang inginkan kelainan.. Hiasan hidangan ini juga menarik dan mampu menarik perhatian orang yang pertama kali melihatnya.. Nasi goreng ini dihidangkan sekali dengan telur mata kerbau, daging goreng rempah, epal, bawang besar discincang dan tomato.. Bau daging rempah nye sahaja sudah cukup menyelerakan.. Anda boleh menikmati hidangan ini dengan pelbagai cara, samada dengan memakan satu-satu bahan didalam hidangan ini atau dengan menggaulkan semua sekali sekali gus.. Rasanya yang enak pasti akan menyebabkan anda akan datang dan order lagi nasi goreng ini..

Komen:

Harga yang murah dan masakan yang sedap

Menu pelbagai

Gerai berhampiran selekoh, parking kadang-kala susah sikit

Gerai bersebelahan dengan longkang besar, sapa yang geli geleman dinasihatkan cuba bertahan

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: