Jurnal Makanan: Nasi Kandar Pelita (cawangan Sg Dua)

Ya.. Kita kembali lagi bersama Jurnal Makanan.. Kali ni aku nak bawak korang ke tempat yang agak tipikal, biasa dan selalu sangat orang pergi untuk mendapatkan makanan yang cepat dan sesuai dengan selera masyarakat Malaysia.. Mana lagi kalau bukan Nasi Kandar Pelita .. Hehehe..

Pelita Nasi Kandar (3)

Nasi Kandar Pelita merupakan rantaian restoran nasi kandar yang terbesar di Malaysia.. Cawangannya meliputi satu semenanjung dan diberitahu juga, Nasi Kandar Pelita telah mempunyai cawangan di India (disana restoran ni dalam kategori mewah). Nasi Kandar Pelita telah diasaskan pada 9 Jun 1995 dimana restoran pertamanya adalah di sebelah kedai kopi di Taman Chai Leng, Perai, Pulau Pinang.. Dalam sekelip mata sahaja, restoran tersebut menjadi terkenal sehingga mampu untuk membeli kedai kopi tersebut..

Nasi Kandar Pelita memang terkenal dengan makanan berkonsepkan Malaysia dimana, yang paling menjadi kesukaan ramai adalah kuah campur.

Untuk entry kali ini, aku telah pergi ke restoran Nasi Kandar Pelita cawangan Sungai Dua, Pulau Pinang pada pukul 4 pagi.. Pada pendapat aku, yang sudah selalu melepak di pelbagai kedai nasi kandar, apa yang istimewa tentang Pelita adalah, nasi yang yang mempunyai rasa yang lain daripada yang laen..

Pelita Nasi Kandar

Di Nasi Kandar Pelita terdapat pelbagai menu yang boleh dipilih, daripada nasi campur kepada mee dan roti, semua ada disini.. Cuma nya, bagi aku, harga disini agak mahal.. Dah nak lebih kurang fast food barat..

Pelita Nasi Kandar (1)

Kelihatan mamak itu dengan gigih melayan kerenah aku yang pelbagai disamping mengmbil gambar beliau.. Hahaha.. Dapat dilihat muka kaver hensem beliau disitu..

Untuk menu aku kali ini, aku telah pilih nasi campur ayam goreng campur telur rebus dan kuah campur.. Ini memang menu kegemaran aku la.. Hahaha..

Pelita Nasi Kandar (2)

Yah.. Memang nampak amat menyelerakan.. Kuah campur yang banyak.. Anda semua patut mencuba nya.. Kalau ada duet lebih, boleh pilih lauk lagi banyak.. Saya gerenti sedaaaaaaaaaappp.. Hehehe..

Seperti biasa, peringatan untuk pembaca blog ini, SEDAP itu sesuatu yang subjektif dan amat bergantung kepada mereka yang merasa nya sendiri.. Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..

Komen:

Nasi:

Pilihan lauk yang banyak

Semakin besar dan ‘rare’ lauk semakin mahal la..

Air:

Ikut pilihan anda

Semakin ‘rare’ air, semakin mahal

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

5 Responses to “Jurnal Makanan: Nasi Kandar Pelita (cawangan Sg Dua)”

  1. ada lagi pelayan india tu…aku duk kat sana tau 2002.dulu kerja dia amik oder jer..dah naik pangkat kot…hahaha
    p/s:i love nasi kandaq

  2. Baru aku lunch tgh hari kat sini td, layan sup, kes baca entry sup hameed sblm ni la td haha

  3. mkamiltaufique Says:

    Hahaha.. So macam mana? Aku suka gak sup Pelita ni.. Sebab dia pekat.. Tapi kalau nak rasa macam semangkuk sup, memang Sup Hameed la jawab nye.. Hehehe..

  4. mkamiltaufique Says:

    padlah: hahaha.. diorang kadang2 kene rotate kat cawangan lain.. tp kira dia otai la kt situ sbb da lama keje.. hehehe..

  5. kt pelita subang tmpt aku ade mamak yg jaga sup kt pelita sg. dua dlu..hahaha gilo..diorg pn ade posting2 ko tau..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: