Jurnal Makanan: Laksa Janggus (Balik Pulau)

Ok.. Mulai entry kali ini, aku akan berjalan, merasa, menangkap gambar dan komen tentang tempat2 yang menyediakan resipi makanan2 yang terkenal di Pulau Pinang.. Maklum lah, aku pun da masuk antara semester terakhir kat IPGM kampus Pulau Pinang ni, so apa salahnye kalau aku start berjalan makan angin sambil mencuba makanan2 terkenal kan? Sambil tu, korang pun boleh gak dapat informasi (yang mungkin tak seberapa) tentang restoran2 atau gerai2 makanan yang aku dah cuba..

Jadi, sebagai pembuka kepada edisi pertama slot Jurnal Makanan ini, aku berjalan jauh (tentunya menaiki kereta) ke sebalik Pulau Pinang iaitu di Balik Pulau.. Hehehehe.. Perjalanan yang diambil dari Gelugor berdasarkan kepada aspek2 seperti, [kereta yang dinaiki adalah model Perodua Kelisa, dinaiki 4 orang berbadan agak besar, jalan kearah restoran tersebut yang agak ragu2 (sehingga terpaksa menggunakan GPS) dan membuka air-cond semasa mendaki bukit yg curam] adalah selama 25 minit.. Lama kot!! Hahahaha..

Akhirnya, setelah penat melalui jalan yang curam dan berliku-liku, aku akhirnya sampai ke tempat yang ditujui, Restoran Laksa Janggus..

Restoran Laksa Janggus

Untuk makluman, di restoran ini, mereka hanya menyediakan hidangan laksa dan mee/kueyteow ‘teng’ sahaja.. Maka bagi sesiapa yang mengidam Nasi Goreng Kung Fu dan sebagainya, silalah ke gerai lain..

Gerai ini menggunakan sistem layan diri (boleh kata macam fast food versi Melayu la) dimana pelanggan perlu beratur (diulang, BERATUR) untuk mengambil tempahan laksa.. Laksa yang aku pilih adalah laksa bersaiz besar, tetapi berharga murah.. Cuma RM2 sahaja.. Memang murah.. Dan untuk minuman, aku memilih ais kacang bersama ais krim, berharga RM2 juga.. Memang murah.. Hahhaa..

laksa janggus (6)

IMG_0603

Setelah mendapat laksa tersebut, maka bermulalah sesi makan memakan, tangkap menangkap gambar dan komen mengomen.. Ok.. Kita mula dengan rasa laksa tersebut..

IMG_0606

Untuk laksa, kuah nye memang pekat, menggambarkan bahawa restoran ni tak kedekut ikan semasa proses membuat kuah.. Mee nye pulak cukup tekstur nye.. Boleh kata cukup rasanya.. Tak terlalu pedas dan masam.. Kalau untuk sayur2 nye, standard la untuk sebuah laksa.. Namun bagi aku, untuk dikatakan sebagai yang tersedap di Penang, memang tidak la, tetapi kalau banding kan dari segi harga, laksa ni memang patut dicuba.. Tidak seperti gerai2 lain dimana kuahnya cair dan tidak mempunyai rasa yang cukup.. Disediakan sekali adalah penambah perisa seperti kicap, petis udang dan cili giling..

Untuk ais kacang pula, rasa nya biasa saja, umpama kita meminta ais kacang kurang manis.. Cuma bezanya, kita mendapat satu skup ais krim yang diletakkan di atas ais kacang tersebut.. Untuk harga yang hanya RM2, ais kacang ini boleh dikira murah..

kuey teow 'teng'

Kemudian, kita akan merasa menu kedua pula, iaitu kuey teow ‘teng’.. Aku pun tak tau kenapa nama nya begitu, jangan ditanya dong.. Harganya RM2.50.. Ya.. Mahal 0.50 sen dari laksa.. Menu ini mengandungi kuey teow (mesti la, nama pun kuey teow ‘teng’), beberapa ketul fish ball, fish fillet dan hirisan daging ayam.. Disediakan juga, pes cili giling yang x pedas langsung (aku rasa minyak je yang banyak).. Kuah nya rasa biasa saja, rasa sangat kosong.. Bagi pelanggan yang mahukan kuah yang sedikit ‘umphh’, boleh la menambah cili yang disediakan..

Akhir sekali, pendapat aku, peminat-peminat laksa sekalian harus mencuba laksa di restoran ini.. Tidak lah terlalu jauh sebenarnya kalau diambil kira dari Gelugor.. Menu yang sedap, suasana kedai nya yang tenang tetapi sentiasa penuh dengan pelanggan dan kedudukannya yang jauh dari hiruk pikuk kenderaan  pasti akan menggamit mereka yang pertama kali datang kesini, untuk datang kembali dikedai ini.. Dan pesanan untuk semua, sudah pasti, segala komen diatas hanyalah berdasarkan pandangan peribadi penulis dan beberapa rakan penulis yang lain.. SEDAP itu sesuatu yang subjektif dan amat bergantung kepada mereka yang merasa nya sendiri.. Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..

Komen:

Laksa:

Rasa kuah yang pekat dan tak kedekut ikan masa membuat kuah

Mee yang cukup tekstur nya dan tak menyebabkan orang muak

Pilihan bahan penyedap rasa agak banyak (kicap, cili giling dengan petis udang)

Kuey Teow ‘Teng’:

Rasa yang agak tawar untuk kuah (bila da campur penambah perisa, baru ada rasa sket)

Kuey Teow nye macam terlalu lembut (boleh menyebabkan muak)

Tak beberapa sedap berbanding laksa

Ais Kacang:

Standard ais kacang yang biasa, cuma murah sebab RM2 je dapat satu skup ais krim

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

3 Responses to “Jurnal Makanan: Laksa Janggus (Balik Pulau)”

  1. Mat, wa cadangkan lu g naik bukit bendera try laksa kt sana. gerenti leleh beb. sodapppppppppppppp!!!!!!!!!!!!!!1

  2. salam

    laksa beras kampung petani-penanti,bukit mertajam pun sedap, cubalah rasa n buat review.

  3. Ang ni la…keja makan ja nohh….
    maw la xbulat…hahahahha…
    sabaq2….kekehkehh…
    lpas pencen ni ang bkak la restoran….huhu

Leave a comment