Bila sudah ajal…

Ok.. Dah lama dah sebenarnye aku x menulis kat blog neyh.. bukannye apa, banyak benda yang aku rasa lebih penting untuk aku buat daripada menulis untuk blog ni.. Sebenarnye. untuk kali ini, aku nak cerita tentang kematian.. Ya.. Sesungguhnya, setiap yang hidup itu pasti akan mati.. Tapi, adakah kita sudah sedar? Cerita yang aku ingin ceritakan ini mungkin kisah lama, tetapi, sebagai mengenang beliau, aku ingin menulis nya disini..

Tanggal 4 Jun 2009, aku menerima berita kematian sepupu ku yang rapat.. Beliau meninggal dunia akibat kemalangan yang dipercayai akibat dipandu laju.. Beliau yang ketika itu duduk di tempat penumpang hadapan, telah mengalami kecederaan yang parah, telah menghembuskan nafas yang terakhir ditempat kejadian.. Kenderaan yang dinaiki telah terbabas dan merempuh dua batang pokok sebelum terbalik..

Dikhabarkan juga, sebelum kejadian, arwah telah menunjukkan beberapa sifat yang pelik.. Arwah dikatakan telah menyelimutkan semua barangan beliau sebelum kejadian tersebut.. Ketika malam sebelum kejadian, arwah juga tidak mahu menggunakan gitar beliau dengan alasan, beliau sudah tidak mahu menggunakan gitar itu lagi.. Arwah juga tidak mahu membawa kereta beliau dengan alasan yang sama, iaitu, arwah sudah tidak ingin menggunakan kereta itu lagi..

Arwah merupakan seorang yang happy go lucky, tetapi tegas.. Arwah berbadan tegap dan berperwatakan ganas.. Aku memang tidak akan dapat melupakan kenangan bersama beliau, terutama, kali terakhir berkaraoke bersama beliau di Sabah pada tahun lepas..

Aku mendoakan agar roh beliau sentiasa dicucuri rahmat, dan diletakkan bersama roh orang2 yang beriman.. Semoga rakan2 beliau, mengampunkan segala dosa2 beliau dan halalkan segala makan minum beliau..

Yang pergi, biarkan pergi.. Kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan.. Kita juga harus insaf dengan kematian.. Pengalaman menyaksikan jasad arwah ditanam didepan mata, ternyata menginsafkan aku.. Semoga aku terus berada dijalan yang benar dan diredhai Allah.. InsyaAllah, aku juga sudah insaf dan akan terus istiqamah dengan keinsafan ini..

Belasungkawa;

Allahyarham Zuhair @ Wey @ Perut

wey


Al-Fatihah……….

mkamiltaufique

https://cheritahidupku.wordpress.com

One Response to “Bila sudah ajal…”

  1. takziah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: