Jurnal Makanan: Sup Hameed (Penang Road, Pulau Pinang)

Kita kembali lagi dengan entry jurnal makanan.. Kali ni aku akan membawa anda semua ke Sup Hameed yang terletak di Penang Road, Pulau Pinang..  Sup Hameed ni agak terkenal juga dikalangan penduduk Penang.. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sering berhibur dan mengunjungi kelab2 disekitar Penang Road ini.. Setelah penat berdansa, mereka kebiasaannya akan kesini untuk menghirup sup yang panas dan terkenal.. Bagaimana pula dengan rasa nya? Akan kita ketahui sebentar lagi.. Sup Hameed Jangan pula anda semua tertipu.. Sup Hameed merupakan sebuah restoran, bukannya menjual sup hanya didalam lori seperti apa yang anda lihat didalam gambar.. Sup Hameed Ini adalah stall dimana mereka membuat sup yang terkenal itu.. Kelihatan dua orang mamak sedang berbincang bagaimana nak meletakkan nama Sup Hameed sebaris dengan Mc Donald diperingkat antarabangsa.. Sebenarnya, di restoran ini terdapat pelbagai juadah yang disediakan, namun, untuk entry kali ini aku hanya fokus kepada dua jenis makanan sahaja, iaitu sup ayam + roti dan nasi lemak.. ok.. untuk harga, harap korang faham la.. Status restoran mamak skrang ni sama dengan KFC, Mc Donald dan sebagainya.. Maka harga mereka akan lebeyh kurang sama (maksudnya, agak mahal la).. Malangnya, kadar kebersihan dan keremahan pekerja merak tidak setanding langsung dengan dua jenama makanan segera yang terkenal itu.. Da melalut la pulak.. Jadi, mari aku sambung semula dengan sup hameed ni.. Kita akan mulakan dengan nasi lemak.. IMG_0638

Untuk nasi lemak Restoran Sup Hameed ini, persembahannya tak menarik langsung bagi aku.. Nampak sangat plain dan biasa.. Kosong.. Sebaiknya diorang meniru cara Restoran Subaidah, bagaimana mereka meletakkan daun pisang sebagai alas pinggan.. Simple, tetapi cantik dan membawa makna.. Takde la nampak macam kedekut sangat.. Dan aku sangat terkejut dengan rasa nya.. Untuk sepinggan nasi lemak yang berharga agak mahal, rasa nya teruk, not even close to sedap (quote from my friend).. Rasa macam tidak berbaloi.. Kuah nya macam takde rasa.. Mungkin masa aku dengan kawan aku makan hari tu, tukang masaknye demam kot.. Tu yang tak sedap tu.. Nasi nye rasa macam tak cukup masak dan x cukup lemak.. Cadangan untuk korang yang datang ke restoran ini, jangan order nasi lemak, kelak korang akan menyesal.. Tapi, aku nak ulang, SEDAP itu subjektif.. Kalau korang rasa sedap, maka, sedap la.. Tapi bagi aku memang tak sedap.. Korang dipersilakan untuk order makanan lain..

Sup sup hameed

Ok.. Sekarang kita akan pergi kepada tarikan utama nya.. SUP.. Ya, sup.. Disini menjual berbagai spesis sup dan bagi penggemar sup, disini boleh dikatakan sebagai syurga sup (ececeh).. Dan untuk entry kali ini, aku akan mencuba sup ayam Sup Hameed + roti.. Ketika aku mendapat hidangan sup ini, aku agak terkejut (ok, untuk edisi jurnal makanan, aku pura2 baru 1st time datang) kerana yang dihidangkan agak cair.. Iya lah, sekali tengok macam sup ayam biasa.. Rasa macam kecewa gak la sebab aku mengharapkan sup yang agak pekat (seperti yang terdapat di Pelita Nasi Kandar) tetapi apa yang aku dapat hanya sup yang cair.. Mungkin ini memang cara dan resipi mereka kot? Ok.. Itu baru rupa fizikal.. Belum rasa nya lagi.. Yum2..

Sekarang masa untuk merasa pula.. Belum sempat sudu masuk dalam mulut, dah tercium aroma sup yang memang sangat best.. Iya.. Sangat best.. Bila di minum pula, rasanya macam menyentap.. Sedap.. Tak tipu.. Takda rasa macam daging yang dah hancur sebab reneh sup lama2.. Yang ada rasa sup + air + ketulan ayam bahagian kepak yang sejati.. Kalau sup di Pelita Nasi Kandar, kita rasa sup tu macam sup yang dah di reneh sangat lama sebab kita dapat rasa daging yang dah hancur.. Rempah yang digunakan juga tidak terlalu kuat dan tidak terlalu kuat, jadi kita boleh hirup laju2 dan hirup puas2 tanpa tergigit bunga lawang ke apa ke.. Memang best..

Da rasa lapar sup? Haa.. Korang semua memang aku galakkan untuk pergi ke Restoran Sup Hameed ni.. Memang marveles.. Hehehe.. Ok.. Seperti biasa, peringatan untuk pembaca blog ini, SEDAP itu sesuatu yang subjektif dan amat bergantung kepada mereka yang merasa nya sendiri.. Jadi, apa tunggu lagi? Segerlah datang ke restoran ini.. Bawa bersama keluarga, rakan dan taulan..

Komen:

Sup:

Sup yang seperti sup, cair dan tidak pekat seperti bubur

Rasa yang istimewa, penuh dengan ketulan ayam bahagian kepak

Enak bila dicicah dengan roti, atau roti itu di masuk kan terus kedalam sup, di gaul dan dimakan

Agak berbaloi dengan harga

Nasi Lemak

Tak sedap untuk harga yang agak mahal

Sila beli makanan lain

mkamiltaufique

http://cheritahidupku.wordpress.com

One Response to “Jurnal Makanan: Sup Hameed (Penang Road, Pulau Pinang)”

  1. Aiseh ni yg rasa nk pekena sup ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: